Boleh Mandulkan Kucing Betina Masa On Heat? Risiko, Umur, Vaksin & Kos
Jawapan ringkas: Boleh mandulkan kucing betina masa on heat? Ya, masih boleh dilakukan jika kucing sihat. Namun, terdapat sedikit risiko tambahan seperti pendarahan, pembedahan yang lebih mencabar dan recovery yang mungkin sedikit lambat. Kucing betina on heat biasanya mengiau kuat, menjadi terlalu manja, berguling, mengangkat punggung, menyembur urin dan cuba keluar rumah. Kucing boleh bunting pada kitaran heat pertama.
Video: Tanda Kucing Betina On Heat
Pernahkah anda terjaga pada jam 3 pagi kerana kucing betina mengiau atau kelihatan gelisah? Ini mungkin tanda estrus, iaitu tempoh kucing betina subur dan bersedia untuk mengawan.
1. Kucing boleh matang seksual ketika masih kecil
Kucing betina boleh menjadi aktif secara reproduktif seawal usia 4–5 bulan. Menurut AAFP, kucing yang tidak dirancang untuk pembiakan boleh dipertimbangkan untuk pemandulan sekitar usia 5 bulan, bergantung pada penilaian doktor veterinar.
2. Tanda kucing betina on heat biasanya melibatkan tingkah laku
- Mengiau atau meraung dengan kuat
- Menjadi terlalu manja dan kerap menggesel badan
- Berguling-guling di lantai
- Mengangkat punggung dan mengalihkan ekor ke tepi
- Menggerakkan kaki belakang seperti menginjak
- Kerap kencing atau menyembur urin
- Cuba keluar rumah mencari pasangan
Pendarahan bukan tanda biasa bagi kucing betina yang sedang estrus. Jika ada darah atau lelehan luar biasa, dapatkan pemeriksaan veterinar.
3. Kucing betina juga boleh menyembur urin
Kucing betina yang belum dimandulkan boleh melakukan urine marking ketika on heat. Pemandulan biasanya membantu mengurangkan tingkah laku yang dipengaruhi hormon. Jika masalah berterusan, stres, konflik antara kucing atau penyakit salur kencing juga perlu dipertimbangkan.
Jangan menghukum kucing. Hukuman boleh meningkatkan ketakutan dan stres. Jika kucing meneran, mengiau ketika kencing atau tidak dapat mengeluarkan urin, anggap ia sebagai kecemasan.
4. Heat boleh mengganggu hubungan antara kucing
Bau dan perubahan hormon boleh menyebabkan kucing lain menjadi tegang. Perhatikan tanda seperti merenung, menghalang laluan ke makanan atau tandas, menyorok, mendesis dan bergaduh.
Sediakan sumber berasingan seperti makanan, air, tempat tidur, tempat menyorok dan tandas. Pastikan kucing betina tidak keluar rumah kerana ia boleh mengawan dalam tempoh yang singkat.
5. Selepas pemandulan, berat badan perlu dipantau
Pemandulan ialah cara paling berkesan untuk menghentikan kitaran estrus dan mencegah kehamilan tidak dirancang. Selepas prosedur, jumlah makanan dan aktiviti mungkin perlu disesuaikan kerana sesetengah kucing mudah bertambah berat.
- Sukat makanan dan timbang berat secara berkala
- Galakkan permainan aktif setiap hari
- Gunakan food puzzle
- Minta doktor menilai Body Condition Score
Berapa lama kucing betina on heat?
Estrus biasanya berlangsung beberapa hari hingga kira-kira seminggu. Jika tidak mengawan, kucing boleh kembali on heat selepas tempoh rehat yang singkat. Di Malaysia, kucing indoor mungkin mengalami kitaran berulang sepanjang tahun.
Bolehkah kucing bunting ketika first heat?
Ya. Kucing betina boleh bunting pada kitaran estrus pertama. Jika tidak merancang pembiakan, asingkan kucing betina daripada kucing jantan dan tutup semua laluan keluar rumah.
Bila tingkah laku ini mungkin bukan on heat?
Mengiau kuat atau gelisah juga boleh disebabkan kesakitan, masalah salur kencing, sembelit, hipertiroidisme, tekanan darah tinggi atau stres. Jika kucing lemah, tidak makan, muntah, sukar bernafas atau berubah secara luar biasa, jangan anggap ia hanya on heat.
Soalan Lazim
Adakah kucing betina berdarah ketika on heat?
Biasanya tidak. Darah atau lelehan luar biasa memerlukan pemeriksaan veterinar.
Boleh mandulkan kucing masa on heat?
Boleh. Pemandulan masih boleh dilakukan dan biasanya selamat, tetapi terdapat sedikit risiko tambahan berbanding kucing yang tidak on heat. Doktor veterinar akan menilai keadaan kucing terlebih dahulu.
Risiko apa yang ada?
Salur darah lebih besar boleh meningkatkan risiko pendarahan. Pembedahan mungkin lebih mencabar dan mengambil masa lebih lama, dengan sedikit bengkak selepas surgery dan recovery yang mungkin sedikit lebih lambat.
Macam mana doktor handle risiko tu?
Surgery dibuat dengan lebih berhati-hati, pendarahan dikawal dengan teknik yang lebih secure, anestesia dan keadaan kucing dipantau sepanjang procedure, serta recovery dipantau dengan lebih teliti.
Ada caj tambahan kalau buat masa on heat?
Tiada caj tambahan untuk procedure on heat.
Ada kos lain yang perlu tahu?
Kalau perlu ubat tambahan selepas surgery untuk bantu recovery di rumah, mungkin akan ada sedikit kos tambahan ya.
Adakah kucing perlu beranak dahulu sebelum dimandulkan?
Tidak. Tiada keperluan kesihatan untuk membiarkan kucing beranak dahulu.
Kucing anda sedang on heat?
Hubungi Klinik Veterinar & Surgeri Fawa di Balakong untuk semak pemeriksaan dan slot pemandulan.
WhatsApp Klinik Fawa