🐱"> Cat Neutering Balakong | Pemandulan Kucing Balakong | Klinik Veterinar & Surgeri Fawa 🐱">

Pemandulan Kucing Jantan & Betina di Balakong

Pemandulan jantan RM70–RM80 dan betina RM120–RM130, mengikut pakej penginapan.

Doktor akan memeriksa kesihatan kucing dan membincangkan kesesuaian serta risiko sebelum pembedahan.

💬 WhatsApp Semak Slot & Kos Tempah Temujanji →
← Kembali ke Servis

✨ Kenapa Pilih Klinik Fawa?

🔥
On Heat? Tiada Cas Tambahan

Klinik lain kenakan caj lebih atau tolak. Kami tetap harga biasa.

💉
Belum Divaksin? Boleh Mandulkan

Tiada syarat vaksin wajib sebelum pemandulan.

👂
Ear Tipping Pilihan

Percuma atas permintaan — bukan wajib.

📅
Slot Setiap Hari Kecuali Jumaat

Isnin–Khamis, Sabtu & Ahad; Jumaat tutup.

🐱 Mengapa Pemandulan Penting

Pemandulan bukan sekadar kawalan populasi. Kucing jantan yang dimandulkan kurang cenderung untuk spraying, merayau, dan bergaduh. Kucing betina pula terlindung dari risiko kanser rahim, jangkitan pyometra, dan stres kitaran birahi berulang.

⚠️ Risau kucing anda sedang bunting?

Harga asas pemandulan betina ialah RM120–RM130. Kucing mengandung mungkin dikenakan tambahan RM30–RM100 selepas pemeriksaan doktor.

Kami akan memeriksa dahulu sama ada spay-abort sesuai dan selamat untuk kucing anda sebelum sebarang keputusan dibuat.

Hantar maklumat awal supaya doktor boleh bantu semak sebelum temujanji:

  • Umur kucing
  • Anggaran tempoh bunting
  • Berat kucing
  • Ada muntah, lemah atau pendarahan?
  • Tarikh pilihan untuk datang

Perkhidmatan Neutering

Prosedur dijalankan di bawah anestesia penuh dengan pemantauan berterusan tanda vital sepanjang pembedahan.

Selepas pembedahan, kucing dipantau di wad pemulihan sehingga sedar sepenuhnya. Anda akan menerima arahan penjagaan di rumah yang lengkap sebelum mengambil kucing anda.

Apa Yang Perlu Dijangkakan

🔥 Kucing on heat? TIADA cas tambahan!
Caj tambahan RM30–RM100 untuk kucing mengandung sahaja.

💰 Harga Pemandulan Kucing

Harga asas pemandulan mengikut pakej penginapan. Percuma 1 malam warded pada hari surgeri.

Perlu buat keputusan cepat?

Hantar maklumat ringkas kepada kami dan kami akan semak slot serta anggaran kos untuk kucing bunting.

💬 Tanya Klinik

Soalan Lazim

Umur minimum untuk dimandulkan?
Kucing mestilah berumur sekurang-kurangnya 6 bulan, mempunyai berat sekurang-kurangnya 2 kg dan sihat untuk menjalani anestesia.
Kucing betina sedang heat, boleh dimandulkan?
Boleh! Kami buat pemandulan semasa heat tanpa cas tambahan. Doktor akan terangkan sebarang risiko sebelum prosedur.
Kucing belum divaksin, boleh dimandulkan?
Boleh. Tiada syarat vaksin wajib sebelum pemandulan di Klinik Fawa.
Slot pemandulan ada hari apa?
Isnin–Khamis, Sabtu & Ahad. Jumaat tutup.
Kucing bunting, boleh dimandulkan?
Boleh dalam sesetengah kes, tetapi doktor akan menilai tahap kehamilan, risiko pembedahan, dan kesihatan kucing terlebih dahulu.

Galeri Pemandulan

Prosedur dan info pemandulan di Klinik Fawa.

Kes Sebenar: Pemandulan Kucing Mengandung

⚠️ Gambar klinikal sebenar — untuk tujuan pendidikan
Gambar menunjukkan rahim yang mengandungi fetus selepas dikeluarkan semasa prosedur ovariohysterectomy.
Rahim kucing mengandung peringkat awal

Peringkat awal
Rahim masih kecil dengan kandungan yang belum membesar ketara. Risiko pembedahan lebih rendah berbanding peringkat lanjut.

Rahim kucing mengandung peringkat lanjut

Peringkat lanjut
Rahim membesar dengan salur darah yang lebih jelas. Pembedahan lebih kompleks memerlukan pemantauan teliti.

Rahim kucing mengandung dengan fetus kelihatan

Kehamilan lanjutan
Fetus sudah membesar dan boleh dirasai melalui dinding rahim. Risiko pendarahan lebih tinggi pada peringkat ini.

Setiap kes dinilai secara individu oleh doktor veterinar. Tahap kehamilan, risiko pembedahan dan pilihan rawatan akan dibincangkan sebelum prosedur dilakukan.

💬 WhatsApp Untuk Semak Kes

🐱 Sedia untuk Neutering?

Tempah temujanji anda sekarang, pantas dan mudah

Tempah Temujanji
💬 📞 📘 ✉

Pemandulan kucing: jawapan ringkas

1. Apa servis ini?
Pemandulan kucing untuk membantu menilai dan menjaga kesihatan kucing secara selamat.
2. Siapa yang memerlukannya?
Kucing jantan atau betina yang sihat dan sesuai menjalani pembedahan selepas pemeriksaan.
3. Berapa anggaran harga?
RM70–RM130 sebagai anggaran; kes khas mungkin berbeza. Sila WhatsApp untuk harga dan slot terkini.
4. Apa yang perlu owner sediakan?
Bawa kucing dalam carrier dan sediakan rekod vaksinasi, ubat serta sejarah kesihatan jika ada.
5. Apa yang berlaku di klinik?
Doktor akan membuat pemeriksaan, menerangkan pilihan yang sesuai dan mendapatkan persetujuan sebelum rawatan atau prosedur.
6. Bila perlu hubungi doktor?
Hubungi doktor jika keadaan kucing merosot, tidak makan, sukar bernafas, tidak boleh kencing, rebah atau mengalami pendarahan banyak.
7. Bagaimana hendak book?
WhatsApp Klinik Fawa: 011-10215293