🐱"> Cat Grooming Balakong | Grooming & Lion Cut | Klinik Veterinar & Surgeri Fawa 🐱">

Cat Grooming di Balakong

Harga grooming kucing di Balakong untuk short hair, long hair dan lion cut. Harga asas tanpa diskaun. Price checked: 26 Ogos 2026.

Klinik kucing di Balakong menawarkan grooming profesional, potong kuku, cuci telinga, lion cut, dan rawatan bulu matted dengan harga asas yang jelas.

Tempah Appointment →
← Kembali ke Servis

🐱 Mengapa Perkhidmatan Ini Penting

Grooming profesional bukan sekadar estetik, ia penting untuk kesihatan kulit, pencegahan bulu kusut (matting), dan pengesanan awal masalah kulit atau parasit. Groomer kami dilatih untuk mengendalikan kucing dari semua perangai dengan teknik yang meminimumkan stres.

Perkhidmatan Grooming

Setiap sesi grooming merangkumi mandian dengan syampu bersesuaian jenis kulit, pengeringan profesional, pemotongan kuku, pembersihan telinga, dan pemeriksaan menyeluruh untuk sebarang keabnormalan kulit.

Untuk kucing berbulu panjang atau yang mengalami masalah bulu kusut, kami menawarkan lion cut, gaya guntingan yang bukan sahaja mengurangkan beban penjagaan tetapi juga melegakan kucing dari ketidakselesaan bulu matted.

Apa Yang Perlu Dijangkakan

🦁 Mengapa Lion Cut Diperlukan

Lion cut bukan sekadar gaya — ia penyelesaian untuk kucing berbulu panjang yang mengalami bulu bergumpal (matted hair) yang menyakitkan kulit. Mengurangkan risiko hairball, jangkitan kulit, dan memudahkan penjagaan harian.

Servis Lion Cut

Cukur bulu seluruh badan kecuali leher, ekor & kaki. Sesuai untuk kucing bulu panjang & masalah matting.

RM100
2 Hari 1 Malam
RM120
3 Hari 2 Malam
(setiap Khamis)
Add On

+RM30-RM50 untuk bulu bergumpal (matted hair)

Berapa lama proses lion cut?
Biasanya 1-2 jam bergantung pada kondisi bulu dan perangai kucing.
Lion cut perlu bius ke?
Ya, untuk lion cut di Klinik Fawa, doktor akan memberikan ubat bius/sedasi kepada semua kucing sebelum prosedur dilakukan. 😊 Ini kerana lion cut memerlukan kucing berada dalam keadaan tenang supaya proses mencukur dapat dilakukan dengan lebih selamat, kemas, dan mengurangkan stres serta risiko kecederaan kepada kucing dan juga kakitangan. Sebelum prosedur, doktor akan membuat pemeriksaan ringkas untuk memastikan kucing sesuai menjalani bius. Jika ada sebarang masalah kesihatan, doktor akan berbincang dengan pemilik terlebih dahulu.

Soalan Lazim

Kucing saya agresif, bolehkah digrooming?
Ya, groomer kami berpengalaman mengendalikan kucing dari pelbagai perangai. Sila maklumkan staf terlebih dahulu.
Apakah beza grooming biasa dan lion cut?
Grooming biasa: mandi, potong kuku, cuci telinga. Lion Cut: cukur seluruh badan kecuali leher, ekor & kaki — untuk kucing bulu panjang/matted.
Perlukah appointment untuk grooming?
Sangat digalakkan, terutama pada hujung minggu dan musim cuti.

Galeri Grooming

Transformasi dan sesi grooming di Klinik Fawa.

🐱 Sedia untuk Grooming atau Lion Cut?

Tempah temujanji anda sekarang, pantas dan mudah

Tempah Appointment
💬 📞 📘 ✉

Grooming kucing: jawapan ringkas

1. Apa servis ini?
Grooming kucing untuk membantu menilai dan menjaga kesihatan kucing secara selamat.
2. Siapa yang memerlukannya?
Kucing yang memerlukan penjagaan bulu, mandi, potong kuku atau bantuan untuk bulu kusut.
3. Berapa anggaran harga?
Harga biasa grooming dari RM40. Setiap Khamis diskaun RM10: short hair RM30 dan long hair RM40. Sila WhatsApp untuk slot terkini.
4. Apa yang perlu owner sediakan?
Bawa kucing dalam carrier dan sediakan rekod vaksinasi, ubat serta sejarah kesihatan jika ada.
5. Apa yang berlaku di klinik?
Doktor akan membuat pemeriksaan, menerangkan pilihan yang sesuai dan mendapatkan persetujuan sebelum rawatan atau prosedur.
6. Bila perlu hubungi doktor?
Hubungi doktor jika keadaan kucing merosot, tidak makan, sukar bernafas, tidak boleh kencing, rebah atau mengalami pendarahan banyak.
7. Bagaimana hendak book?
WhatsApp Klinik Fawa: 011-10215293