Klinik Veterinar & Surgeri FawaFAWA VetcareTempah Temujanji
โ˜ฐ
Pemandulan Kucing

Kalkulator Harga Pemandulan Kucing

Jantan dari RM70 ยท Betina dari RM120

Pilih untuk kucing anda. Lihat anggaran harga, kemudian semak slot melalui WhatsApp Klinik Fawa di Balakong.

โ† Maklumat lanjut tentang pemandulan
Untuk kucing anda3 langkah ringkas
  1. 01Jantina
  2. 02Tempoh
  3. 03Puasa
  4. โœ“Hasil

Pilih bilangan mengikut jantina

Boleh pilih Jantan, Betina, atau campur kedua-duanya dalam satu kiraan.

Jantan โ™‚ Orange-putih 3D
0
Betina โ™€ Kelabu 3D
0

Betina sedang on heat? Tiada caj tambahan. Boleh terus buat temujanji. (Kucing mengandung ada caj tambahan RM30โ€“RM100.)

Visual sahaja. Jantina sebenar kucing menentukan kadar pemandulan; baka dan corak bulu tidak mempengaruhi harga atau kelayakan.

Jumlah: 0 ekor

Pilih tempoh di klinik

Pilihan puasa

Termasuk pembedahan dan pemantauan di klinik. Anggaran untuk pemandulan biasa sahaja; harga sebenar selepas pemeriksaan doktor. Caj tambahan mungkin dikenakan bagi kes khas.

Pemandulan biasa ยท Bermalam untuk pemantauan

Klinik khas kucing
Ward semalam termasuk
Pemantauan selepas pembedahan
On heat boleh jika sihat
Panduan sebelum pemandulan

Maklumat pemandulan di Klinik Fawa โ†’

Bila waktu sesuai mandulkan kucing? Umur & syarat โ†’

Vet kucing Balakong: harga konsultasi & rawatan โ†’

FLUTD kucing: tanda & kos rawatan โ†’

Kucing muntah: punca & bila perlu ke vet โ†’

Tempahan Mudah

  1. Kira anggaran harga
  2. WhatsApp kami untuk semak slot
  3. Bayar deposit RM15/ekor untuk sahkan tempahan

Sebelum anda tempah

Apakah syarat asas kucing?

Umur minimum 6 bulan, berat minimum 2 kg dan dalam keadaan sihat. Kesesuaian pembedahan bergantung pada pemeriksaan doktor.

Apakah yang termasuk dalam harga?

Pembedahan dan pemantauan di klinik. Kucing wajib bermalam sekurang-kurangnya 1 malam selepas pembedahan. Anggaran ini untuk pemandulan biasa sahaja; kes khas mungkin dikenakan caj tambahan.

Bagaimana dengan puasa untuk Khamis?

Untuk pakej 3 Hari 2 Malam, kucing mesti berpuasa di rumah mulai 10 malam sehari sebelum. Puasa di klinik tidak tersedia pada hari Khamis.

Nota penting sebelum tempahan
  • ๐Ÿ’ณ Deposit Tempahan
  • RM15/ekor deposit diperlukan untuk mengesahkan tempahan slot.
  • Deposit tidak dikembalikan.
  • Pertukaran tarikh temujanji perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal.
  • Pembatalan saat akhir atau kegagalan hadir akan menyebabkan deposit hangus.
  • โฐ Waktu Hantar Kucing
  • Kucing perlu dihantar pada hari temujanji antara 10.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari sahaja.
  • Bayaran penuh perlu dibuat semasa kucing didaftarkan dan dimasukkan ke klinik.
  • โš ๏ธ Syarat & Persediaan Kucing
  • Perkhidmatan pemandulan tersedia setiap hari kecuali Jumaat.
  • Kucing wajib bermalam sekurang-kurangnya 1 malam di klinik selepas pembedahan untuk pemantauan.
  • Kucing perlu dikurung dalam sangkar di rumah pada malam sebelum pembedahan.
  • Kucing perlu berpuasa mulai jam 10.00 malam sebelum hari pembedahan.
  • Syarat wajib: berat minimum 2 kg, umur minimum 6 bulan, dan dalam keadaan sihat.
  • Kucing yang mengalami muntah, cirit-birit atau selsema yang teruk sebelum pembedahan mungkin tidak sesuai untuk menjalani surgeri.
  • Kucing sedang on heat? Tiada caj tambahan. Boleh terus buat temujanji. ๐Ÿฑ
  • ๐Ÿ’ฐ Harga & Caj Tambahan
  • Harga yang dinyatakan adalah untuk pemandulan biasa sahaja.
  • Caj tambahan mungkin dikenakan bagi kes seperti:
  • Kucing bunting
  • Jangkitan rahim
  • Kriptorkid
  • Keadaan atau komplikasi khas lain
  • Caj tambahan adalah bergantung kepada keadaan kucing dan pemeriksaan doktor.
  • Harga dalam kalkulator hanyalah anggaran awal.
  • Harga sebenar akan dimaklumkan selepas pemeriksaan doktor di klinik.
Pilihan tempahan melalui Sweetpew

Tekan butang di bawah untuk book temujanji melalui Sweetpew.

๐Ÿฑ Tempah Appointment

Ada soalan atau mahu semak slot?

๐Ÿ’ฌ Semak Slot WhatsApp
๐Ÿ’ฌ ๐Ÿ“ž ๐Ÿ“˜ โœ‰
WhatsAppTempahPetaTanya