🐱 Berapa Kos Pemandulan Kucing di Malaysia?
Pemandulan (neutering/spay) adalah salah satu keputusan paling penting untuk kesihatan kucing anda. Tapi berapa kos sebenar? Dan apa yang anda sebenarnya bayar?
Panduan ini cover semua — harga, apa yang termasuk, cas tambahan, dan bila masa terbaik untuk mandulkan kucing anda.
Kenapa Perlu Mandulkan Kucing?
- ✅ Mengurangkan risiko kanser reproduktif
- ✅ Elakkan kucing jantan dari merayau & bergaduh
- ✅ Hentikan kucing betina dari menjerit waktu malam (on heat)
- ✅ Kurangkan risiko penyakit berjangkit
- ✅ Kucing jadi lebih tenang & manja
Berapa Kos Pemandulan Kucing di Malaysia?
Harga berbeza mengikut jantina, lokasi, dan klinik. Berikut perbandingan anggaran:
| Klinik | Jantan | Betina |
|---|---|---|
| Fawa Vet Care, Balakong | RM70–RM80 | RM120–RM130 |
| Klinik A | RM80–120 | RM150–200 |
| Klinik B | RM70–100 | RM130–180 |
| Klinik C | RM60–90 | RM120–160 |
| Klinik D | RM90–130 | RM180–250 |
Harga betina lebih tinggi kerana prosedur spay (ovariohysterectomy) lebih kompleks berbanding castration (jantan).
Apa Yang Termasuk Di Fawa?
- ✅ Pembedahan di bawah bius penuh
- ✅ Ubat antibiotik suntikan
- ✅ Pemantauan selepas pembedahan
- ✅ Pemeriksaan susulan (jika perlu)
Cas Tambahan — Bila & Berapa?
Kami di Fawa tak kenakan sebarang caj extra walaupun kucing sedang on heat. Terus buat temujanji!
| Situasi | Cas Tambahan |
|---|---|
| Kucing on heat (betina) | ✅ TIADA CAS TAMBAHAN |
| Kucing mengandung | RM30–RM100 (bergantung tahap kehamilan) |
| Ear tipping (snip telinga) | PERCUMA atas permintaan pemilik |
Bila Masa Terbaik Untuk Mandulkan?
- Jantan: Umur 5–6 bulan (sebelum mula spraying)
- Betina: Umur 5–6 bulan (sebelum first heat)
- On heat? Boleh mandulkan, tiada masalah
- Mengandung? Boleh, dengan cas tambahan
Soalan Lazim (FAQ)
Sakit ke lepas pembedahan?
Kucing mungkin nampak mengantuk untuk 1-2 hari pertama, itu normal. Kebanyakan kucing kembali aktif dalam 2-3 hari.
Berapa lama pemulihan?
Kebiasannya dalam 7-14 hari. Jangan biarkan kucing melompat atau bermain kasar dalam tempoh ini.
Kucing akan gemuk lepas mandul?
Metabolisme memang perlahan sedikit selepas pemandulan. Kawal portion makanan dan pastikan kucing aktif — masalah berat badan boleh dielakkan.
Boleh mandulkan kucing tua?
Boleh, tapi perlu ujian darah dulu untuk pastikan organ dalaman sihat untuk bius. Bincang dengan doktor veterinar.
Buat temujanji pemandulan sekarang
Harga asas dipaparkan dengan jelas. Anggaran tambahan akan diterangkan sebelum rawatan apabila keadaan kucing memerlukan pemeriksaan, ubat atau prosedur tambahan.
📱 WhatsApp Untuk Buat TemujanjiRujukan
- AVMA — Spay and Neuter — manfaat pemandulan/pensterilan
- VCA Animal Hospitals — Spaying and Neutering — prosedur, pemulihan, risiko
- MSD Veterinary Manual — Spaying and Neutering in Small Animals — panduan klinikal pembedahan
Artikel berkaitan: Kalkulator Pemandulan
