">
Pembersihan karang gigi profesional untuk kesihatan mulut dan pencegahan penyakit sistemik.
Tempah Appointment โPenyakit pergigian adalah antara masalah kesihatan paling lazim dalam kucing , dan paling kerap diabaikan. Karang gigi yang terkumpul bukan sahaja menyebabkan nafas berbau dan sakit gusi, tetapi bakteria dari mulut boleh memasuki aliran darah dan merosakkan jantung, buah pinggang, dan hati.
Prosedur scaling dilakukan di bawah anestesia ringan menggunakan alat ultrasonik untuk membuang karang dan plak dengan selamat dan menyeluruh , termasuk di bawah garis gusi di mana penyakit bermula.
Selepas pembersihan, gigi diperiksa satu persatu untuk kerosakan, kehausan, atau jangkitan. Gigi yang tidak dapat diselamatkan akan dibuang untuk mengelakkan komplikasi lanjut.
Tempah temujanji anda sekarang , pantas dan mudah
Tempah Appointment