Urinary Blockage Pada Kucing — Kecemasan Yang Perlu Anda Tahu
Kucing anda kerap masuk litter box tapi air kencing tak keluar? Atau kencing sedikit-sedikit dengan darah? Ini mungkin tanda urinary blockage — satu kecemasan veterinar yang boleh mengancam nyawa kucing dalam masa 24-48 jam jika tidak dirawat.
Kucing meneran tapi air kencing tak keluar?
Ini kecemasan. Jangan tunggu dan jangan cuba ubat rumah dahulu — WhatsApp kami atau terus ke klinik sekarang.
🚨 WhatsApp KecemasanApa Itu Urinary Blockage?
Urinary blockage (saluran kencing tersumbat) berlaku apabila saluran urethra kucing tersumbat oleh kristal, batu kecil, atau mukus. Ini menghalang air kencing keluar dari pundi kencing.
Keadaan ini lebih kerap berlaku pada kucing jantan kerana saluran urethra mereka lebih sempit berbanding betina.
Tanda-Tanda Urinary Blockage
Perhatikan tanda-tanda berikut:
- 🐱 Kerap masuk litter box — pergi ke litter box berulang kali dalam masa singkat
- 🐱 Meneran ketika kencing — nampak seperti sembelit tapi di litter box
- 🐱 Mengiau atau kelihatan sakit ketika kencing
- 🐱 Kencing sedikit-sedikit — hanya beberapa titik sahaja
- 🐱 Ada darah dalam air kencing
- 🐱 Kelihatan gelisah atau tidak selesa
- 🐱 Tidak mahu makan dan muntah (tanda sudah teruk)
Kos Rawatan Di Klinik Fawa
| Keadaan | Kos Anggaran |
|---|---|
| Tidak tersumbat (ubat sahaja) | ~RM120 + makanan khas RM35 |
| Tersumbat (catheter + IV drip + wad) | RM550 – RM650 |
Apa Yang Berlaku Semasa Rawatan?
- Pemeriksaan — doktor akan memeriksa pundi kencing dan mengesahkan blockage
- Urinary catheterisation — tiub kecil dimasukkan untuk membuka semula saluran kencing
- Bladder flushing — pundi kencing dibersihkan daripada kristal
- IV drip — cecair diberikan untuk menstabilkan badan kucing
- Kemasukan wad — kucing dipantau 2-3 hari
Cara Mencegah Urinary Blockage
- 💧 Pastikan kucing minum air yang cukup — sediakan air pancut (water fountain)
- 🍖 Beri makanan basah (wet food) untuk tambahan air
- 🪣 Bersihkan litter box setiap hari supaya kucing tidak menahan kencing
- ⚖️ Kawal berat badan kucing — kucing gemuk lebih berisiko
- 🩺 Bawa kucing untuk pemeriksaan berkala terutamanya kucing jantan
Kucing anda ada tanda-tanda urinary blockage?
Jangan tunggu sehingga keadaan menjadi kritikal. Hubungi Klinik Fawa sekarang.
📱 WhatsApp Klinik FawaSoalan Lazim (FAQ)
Berapa kos rawatan batu karang kucing / urinary blockage?
Di Klinik Fawa, anggaran kos mengikut keadaan kucing:
- Tidak tersumbat (ubat + makanan khas urinary): ~RM120 + RM35 (~RM155 jumlah)
- Tersumbat (catheter + IV drip + wad): RM550 – RM650
Pemeriksaan lanjut seperti urinalisis, ujian darah atau ultrasound adalah caj tambahan (lihat panduan FLUTD untuk senarai penuh). Ini anggaran — kos sebenar bergantung kepada keadaan kucing. WhatsApp kami untuk semakan slot dan sebut harga.
Bolehkah kucing makan RC Urinary S/O untuk jangka panjang / seumur hidup?
RC Urinary S/O ialah diet veterinar yang lengkap dan seimbang untuk kucing dewasa, diformulasi untuk membantu melarutkan batu struvite dan mewujudkan persekitaran air kencing yang kurang menyokong pembentukan kristal. Dalam kebanyakan kes ia boleh diberikan jangka panjang — tetapi tempohnya perlu ditentukan oleh doktor, bukan secara automatik "seumur hidup".
Doktor perlu memantau keadaan kucing secara berkala (termasuk urinalisis) kerana tidak semua masalah kencing sesuai dengan diet yang sama — contohnya batu kalsium oksalat tidak boleh dilarutkan dengan diet. Jangan tukar atau hentikan diet tanpa nasihat doktor.
Boleh saya cuba ubat atau suplemen seperti Nefrotec dulu di rumah sebelum ke vet?
Tidak digalakkan — terutamanya jika kucing langsung tidak boleh kencing. Urinary blockage ialah halangan fizikal pada saluran kencing; tiada suplemen atau ubat rumah yang boleh membuka saluran yang tersumbat. Kucing yang tersumbat memerlukan rawatan kecemasan di klinik (catheter, IV drip dan pemantauan) dan boleh mati dalam 24-48 jam tanpa rawatan.
Suplemen mungkin sesuai sebagai sokongan jangka panjang untuk kucing yang belum tersumbat, atau selepas rawatan — tetapi atas nasihat doktor, dan ia bukan pengganti rawatan kecemasan.
Rujukan
- VCA Animal Hospitals — Feline Lower Urinary Tract Disease — tanda, diagnosis, rawatan
- Merck Veterinary Manual — Urinary Obstruction — fisiopatologi dan pengurusan kecemasan
- AVMA — Urinary Problems in Cats — tanda amaran dan bila perlu ke vet
- Cornell Feline Health Center — Lower Urinary Tract Disease — risiko dan pencegahan
Artikel berkaitan: Consultation
