← Kembali ke Laman Utama

🐱 Selsema Kucing (Cat Flu): Tanda, Rawatan & Pencegahan

📅 14 Ogos 2026 📖 7 minit bacaan 🏷️ Kesihatan Kucing
Infografik Selsema Kucing (Cat Flu) — tanda, rawatan dan pencegahan selsema kucing dari Klinik Veterinar & Surgeri Fawa

Kucing anda bersin berterusan, mata berair, hidung berhingus? Kemungkinan besar ia mengalami selsema kucing atau dikenali sebagai cat flu. Ia bukan penyakit ringan yang boleh diabaikan, terutamanya bagi anak kucing dan kucing yang belum divaksin.

Apa Itu Selsema Kucing?

Selsema kucing ialah jangkitan pada saluran pernafasan atas yang disebabkan oleh virus. Ia bukan satu jenis virus sahaja, tetapi gabungan beberapa patogen:

🦠 Punca Utama Cat Flu

Virus ini sangat mudah berjangkit antara kucing. Ia merebak melalui:

Tanda-Tanda Selsema Kucing

Simptom boleh berbeza bergantung pada jenis virus yang menjangkiti. Perhatikan tanda-tanda ini:

Tanda UmumPenjelasan
👃 Bersin berulangPaling biasa, boleh berlarutan beberapa hari
👃 Hidung berhingusAwalnya jernih, boleh jadi kuning/hijau jika jangkitan bakteria
👁️ Mata berair atau bengkakKonjunktivitis, mata kemerahan, keluar nanah
🤒 DemamSuhu badan melebihi 39.5°C (normal 38–39.2°C)
🍽️ Kurang selera makanKucing tak nak makan kerana hidung tersumbat (hilang deria bau)
😴 Lemah & lesuKucing lebih banyak tidur dari biasa
💧 Air liur berlebihanTerutamanya jika FCV menyebabkan ulser mulut
😿 BatukKurang biasa, mungkin tanda jangkitan paru-paru

Simptom Khusus Mengikut Virus

⚠️ Bila Perlu Terus Ke Vet: Bawa kucing anda ke klinik veterinar SEGERA jika: kucing berhenti makan lebih 24 jam, mata bengkak atau keluar nanah, sesak nafas atau mulut ternguka, nampak sangat lemah dan tak bergerak, atau simptom berlarutan lebih 7 hari tanpa baik.

Diagnosis di Klinik Veterinar

Doktor veterinar biasanya boleh mengesan cat flu melalui pemeriksaan fizikal. Untuk kes yang lebih serius, ujian tambahan mungkin diperlukan:

Rawatan Selsema Kucing

Tiada ubat antivirus khusus untuk membunuh FHV-1 atau FCV. Rawatan adalah sokongan (supportive care) untuk membantu kucing melawan jangkitan:

Rawatan di Klinik

Penjagaan di Rumah

💡 Tip: Uap (steam) boleh membantu melegakan hidung tersumbat. Bawa kucing ke bilik mandi yang berwap selepas anda mandi air panas, atau letakkan berhampiran humidifier selama 10-15 minit. Jangan letakkan kucing dekat air panas terus.

Pembawa Seumur Hidup (Latent Carrier)

Ini fakta penting yang ramai pemilik kucing tidak tahu: kucing yang dijangkiti FHV-1 akan menjadi pembawa seumur hidup. Virus ini bersembunyi dalam saraf dan boleh aktif semula semasa tekanan (stress).

Pencetus untuk virus aktif semula:

Kucing yang menjadi pembawa boleh menjangkiti kucing lain walaupun nampak sihat. Inilah sebabnya vaksinasi sangat penting.

Cara Mencegah Cat Flu

1. Vaksinasi (Paling Penting)

Vaksin FVRCP (Feline Viral Rhinotracheitis, Calicivirus, Panleukopenia) adalah vaksin teras yang wajib diberikan kepada semua kucing. Ia melindungi daripada FHV-1 dan FCV.

💡 Tip: Vaksin tidak memberi perlindungan 100%, tetapi ia mengurangkan risiko jangkitan teruk. Kucing yang divaksin dan masih kena cat flu biasanya mengalami simptom yang lebih ringan dan pulih lebih cepat.

2. Kebersihan

3. Kurangkan Tekanan

4. Jauhkan Dari Kucing Yang Sakit

Selsema Kucing vs Selesema Manusia

Ini soalan yang selalu ditanya: "Boleh ke saya kena jangkitan dari kucing?"

Jawapan: Tidak. Virus cat flu (FHV-1 dan FCV) hanya berjangkit antara kucing. Ia tidak bolehjangkit ke manusia. Begitu juga sebaliknya, virus selesema manusia tidak bolehjangkit ke kucing.

FAQ Selsema Kucing

Adakah selsema kucing bolehjangkit ke manusia?

Tidak. Virus yang menyebabkan selsema kucing (FHV-1 dan FCV) tidak bolehjangkit ke manusia. Ia hanya berjangkit antara kucing sahaja.

Berapa lama selsema kucing sembuh?

Kebanyakan kucing pulih dalam 7-10 hari dengan rawatan sokongan yang betul. Namun, kucing yang dijangkiti FHV-1 akan menjadi pembawa seumur hidup dan boleh mengalami simptom berulang semasa tekanan.

Bolehkah kucing indoor kena selsema?

Ya, boleh. Virus boleh masuk melalui baju, kasut, atau tangan anda selepas bersentuhan dengan kucing lain di luar. Kucing yang baru diambil dari shelter atau jalanan juga mungkin sudah membawa virus tanpa simptom.

Bila perlu bawa kucing selsema ke vet?

Bawa ke vet jika: simptom berlarutan lebih 7 hari, kucing berhenti makan, mata bengkak atau keluar nanah, sesak nafas, atau kucing nampak sangat lemah dan lesu.

Berapa kos rawatan selsema kucing di Malaysia?

Consultation bermula dari RM10. Kos rawatan lain mungkin melibatkan ubat atau sokongan tambahan bergantung pada penilaian doktor.

Kucing anda ada tanda-tanda cat flu?

Jangan tunggu sampai jadi lebih teruk. Bawa ke Klinik Fawa untuk pemeriksaan dan rawatan. Vaksin FVRCP juga tersedia untuk cegah cat flu.

📱 WhatsApp Kami Sekarang
💰 Harga Pemandulan Kucing di Balakong
💊 FLUTD Kucing: Tanda & Kos Rawatan